7.0 Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini diperlihatkan jenis-jenis
ayat yang terdapat dari bab satu sehingga sepuluh novel Daerah Zeni karya A.
Samad. Said.
7.1 Ayat Penyata
Ayat penyata dikenali sebagai ayat berita.
Ayat penyata merupakan ayat yang diujarkan untuk menyatakan sesuatu. Dalam
lisan pula, ayat penyata diakhiri oleh nada turun sebelum kesenyapan manakala
dalam tulisan pula ayat penyata diakhiri oleh tanda noktah.
Ayat penyata diujarkan tanpa mengharapkan
jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang sifat
perbuatan. Oleh itu, ayat penyata dapat dianggap sebagai ayat untuk melaporkan
hal tentang apa-apa sahaja.
Yang berikut merupakan contoh ayat penyata
yang terdapat dalam novel Daerah Zeni karya A.Samad Said :
Bilangan
|
Contoh Ayat
|
Halaman
|
1.
|
Lampu di sisi jalanan di luar tiba-tiba
menyala walaupun hari masih senja.
|
84
|
2.
|
Tasik terbiar itu memanglah salah satu
tempat tenang yang digemari penduduk-penduduk sekitar, khususnya anak-anak
muda.
|
88
|
3.
|
Dia memang biasanya dapat menenangkan
fikiran secara begitu.
|
123
|
4.
|
Baju dan seluar hitamnya dililiti samping
menambahkan kegagahan itu.
|
132
|
5.
|
Perasaan Zedi berbaur juga ketika itu.
|
149
|
Jadual 1 : Contoh ayat penyata dalam novel
Daerah Zeni
Berdasarkan jadual 1, ayat-ayat yang disenaraikan
ini menjelaskan bahwa ayat tersebut adalah untuk menerangkan sesuatu. Ayat
penyata boleh diketahui dengan adanya subjek dan prediket. Berdasarkan contoh
5, maksud ayat tersebut dijelaskan bahawa perasaan Zedi berbaur ketika itu. Hal
itu bermakna ayat tersebut telah menerangkan maksud yang jelas dan tidak
memerlukan jawapan untuk menerangkan sesuatu perkataan.
7.2 Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu
pertanyaan bukan sahaja dapat dinyatakan dengan mengiyakan atau menidakkan,
malah juga dalam bentuk penjelasan.
Menurut
Nik Safiah (1993 : 50), ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang
menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, bagaimana dan
selainnya. Dalam tulisan, ayat tanya diakhiri oleh tanda tanya (?), manakala
dalam lisan ditentukan oleh suara menaik sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
Ayat
tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tanya berdasarkan struktur
dan ayat tanya berdasarkan jawapan yang dikehendaki. Ayat tanya berdasarkan
struktur pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tanya kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya,
manakala, ayat tanya berdasarkan jawapan yang dikehendaki dapat dibahagikan
kepada dua jenis iaitu ayat tanya tertutup dan ayat tanya terbuka.
Ayat
tanya dengan unsur tanya terdiri daripada tiga golongan iaitu ayat tanya
dengan kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dan ayat tanya
dengan frasa sendi nama tanya.
Yang berikut merupakan contoh ayat tanya
yang ditemui dalam novel Daerah Zeni karya A.Samad Said :-
Bilangan
|
Contoh Ayat
|
Halaman
|
1.
|
Zedi sengaja tinggalkan?
|
10
|
2.
|
Bila giliran aku?
|
12
|
3.
|
Apa halnya, Lembab?
|
24
|
4.
|
Berapa banyak ilmu warisan yang
dah hilang?
|
52
|
5.
|
Di mana sebenarnya dirimu ketika
aku masuk tadi?
|
86
|
6.
|
Bukan kerana kau malas
meminyaknya?
|
26
|
Jadual 2 : Contoh ayat tanya dalam novel Daerah Zeni
Berdasarkan jadual 2, ayat tanya bagi
contoh pertama merupakan ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat tanya tanpa kata
tanya terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dan dengan memberikan
intonasi menaik pada akhir ayat. Contoh kedua pula merupakan ayat tanya dengan
kata tanya. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang mempunyai kata
tanya seperti bila, bagaimana, berapa,
mengapa dan kenapa. Contoh ayat ketiga merupakan ayat tanya dengan kata
ganti nama diri tanya mengandungi kata ganti nama diri tanya seperti apa, siapa, dan mana. Ayat tanya bagi contoh
keempat merupakan ayat tanya berdasarkan jawapan yang dikehendaki yang
merupakan jenis terbuka. Ayat tanya terbuka ini menghendaki jawapan yang
berbentuk penjelasan atau penerangan. Ayat kelima pula ialah ayat tanya dengan
frasa sendi nama tanya. Ayat tanya jenis ini mengandungi kata sendi nama dan
diikuti oleh kata tanya untuk membentuk frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila,
dengan siapa, seperti mana, untuk siapa, dan sebagainya. Contoh ayat
terakhir merupakan ayat tanya tertutup. Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya
yang dapat dijawab dengan perkataan ya,
tidak, tak, atau bukan.
7.3 Ayat Perintah
Ayat perintah didefinisikan sebagai
memberikan perintah, suruhan, ajakan, menyatakan keinginan, harapan atau
larangan untuk melakukan sesuatu. Ayat perintah memerlukan gerak balas daripada
pendengar dan gerak balas itu berupa tindakan. Ayat perintah ditujukan kepada
orang kedua dan ganti nama diri orang kedua sebagai subjek ayat yang sering
digugurkan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu ayat
suruhan, silaan, larangan, permintaan dan ajakan.
Yang berikut merupakan contoh ayat
perintah dalam novel Daerah Zeni karya A.Samad Said :
Bilangan
|
Contoh Ayat
|
Halaman
|
1.
|
“Jangan diganggu dia.”
|
15
|
2.
|
“Mari Lembab, mari.”
|
24
|
3.
|
“Kau tidurlah,”
|
48
|
4.
|
Ehran terkejut, terasa bersalah,
cuba tersenyum, sambil mempersilakan Zeni duduk.
|
86
|
5
|
“Saya... Juga diminta ingatkan
kita aka nada perjumpaan sulit untuk mengatur rancangan orang putih,” kata
Bahari.
|
136
|
Jadual 3: Contoh ayat perintah dalam novel Daerah
Zeni
Berdasarkan jadual diatas, ayat perintah
bagi contoh nombor satu ialah ayat perintah larangan. Ayat perintah larangan
ialah ayat yang digunakan untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu.
Ayat larangan ini dibentuk dengan menambahkan kata untuk mengajak seseorang.
Ayat ini menggunakan kata ajakan mari,
ayuh, dan jom. Ayat ketiga ini pula
ialah ayat suruhan. Ayat suruhan digunakan untuk memberikan arahan. Subjek ayat
terdiri daripada ganti nama diri orang kedua seperti kamu, awak, engkau dan sebagainya, dan ganti nama diri orang kedua
dalam ayat ini biasanya digugurkan. Ayat penyata bagi contoh keempat itu merupakan
ayat silaan. Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan
seseorang. Ayat silaan itu dapat diketahui dengan perkataan sila. Ayat perintah yang kelima mengikut
jadual diatas ialah ayat permintaan.
Ayat permintaan digunakan untuk meminta atau memohon seseorang meminta sesuatu
untuk penutur. Ayat permintaan bagi contoh kelima dapat dikenal pasti dengan
wujudnya perkataan minta.
7.4 Ayat Seruan
Ayat seruan kebiasaanya digunakan untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan,
seperti rasa kagum, marah, sakit, hairan dan sebagainya. Seruan biasanya
ditandai tersebut.
Asmah Haji Omar (1993 : 413) memberi maksud ayat seruan iaitu, seruan merupakan
gabungan modus perintah dan berita, menurut situasi penggunaannya. Seruan
biasanya ditandai oleh intonasi seruan yang mempunyai tekanan keras yang
disertai dengan nada yang meninggi yang menurun sebelum kesenyapan.
Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa ayat seruan ialah ayat yang
diucapkan dengan tujuan melahirkan pelbagai keadaan perasaan dan diakhiri
dengan tanda seru (!).
Yang berikut merupakan contoh ayat seruan yang ditemui dalam novel Daerah
Zeni karya A.Samad Said :-
Bilangan
|
Contoh Ayat
|
Halaman
|
1.
|
Pergi mandi!
|
26
|
2.
|
Orang lumpuh mesti loncat!
|
28
|
3.
|
Burung senget pun mesti membaca!
|
30
|
4.
|
Kau jangan merapik!
|
117
|
5.
|
Orang lumpuh mesti baca!
|
160
|
Jadual 4 : Contoh
ayat seruan dalam novel Daerah Zeni
Melalui kajian, dapat dikenali bahawa ayat seruan diakhiri dengan
tanda seru. Ayat seruan biasanya pendek dan ringkas. Dapat dikonklusikan bahawa
ayat seruan tidak memerlukan jawapan kerana ayat ini lahir hasil perasaan
penuntur terhadap sesuatu yang berlaku sama ada untuk diri sendiri atau orang
lain. Ayat seruan juga diucapkan secara sendirian oleh penuntur tanpa
memerlukan tindak balas daripada pendengar.
8.0
RUMUSAN KAJIAN
Kesimpulannya, pengkaji dapat menghuraikan
fungsi jenis-jenis ayat, mengenalpasti jenis-jenis ayat iaitu ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang terdapat dalam Novel Daerah Zeni
karya A.Samad Said. Pengkaji juga dapat menghuraikan maklumat tentang
jenis-jenis ayat berdasarkan objektif kajian serta dapat menganalisis dan
menghuraikan jenis-jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
yang terkandung dalam Novel Daerah Zeni karya Samad Said. Jenis-jenis ayat ini
dapat dilihat bahawa penggunaannya banyak digunakan sama ada dalam penulisan
buku ilmiah ataupun karya sastera. Hal ini demikian kerana, jenis-jenis ayat
yang telah dikaji dan dipaparkan oleh pengkaji telah menujukkan bahawa banyak
kepelbagaian penggunaan jenis-jenis ayat ini dalam Bahasa Melayu telah membantu
menghasilkan bahan penulisan yang lebih bermutu.
9.0
PENUTUP KAJIAN
Kajian ini telah memaparkan jenis-jenis ayat
yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu. Pengkaji bukan sahaja menerangkan
fungsi jenis-jenis ayat penyata, tanya, perintah dan seruan, tetapi pengkaji
juga juga menghuraikan jenis-jenis ayat ini berdasarkan unsur bahasa dalam
binaan ayat. Kajian ini juga telah menerapkan jenis-jenis bahasa yang selalu
digunakan dan telah ditunjukkan secara jelas dalam konteks penggunaan yang
sebenarnya. Ayat-ayat yang mempunyai ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah
dan ayat seruan juga telah ditunjukkan dalam kajian yang dihasilkan oleh pengkaji
ini supaya pengkaji lain lebih memahami penggunaan jenis-jenis ayat.
Semoga kajian yang dihasilkan ini dapat
memberi sumber inspirasi atau idea yang lebih baik kepada pengkaji lain untuk
melaksanakan kajian terhadap aspek penting lain yang terdapat dalam bahasa
Melayu agar penggunaan bahasa Melayu lebih tepat dan khusus.
BIBLIOGRAFI
A. Samad Said, 1985. Daerah Zeni. Selangor Darul Ehsan: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Kamus
Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et
al., 2010. Tatabahasa Dewan. Cetakan Kelima. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hani. 2014. Ayat
Penyata. Diakses pada 6 Mei 2014, daripada
Nurathirah Ariffin.
2014. Kajian Sintaksis (Jenis Ayat) dalam Novel S. Othman Kelantan. Diakses pada 29 Mac 2014, daripada