d

Saturday, June 20, 2015

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM (part 3)

 5.3  Analisis penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½ terhadap adat  menyambut kelahiran
Bil
Perkara
Informen 1
Informen 2
Informen 3
1
Adakah anda masih melakukan perbuatan menanam uri bayi selepas anak dilahirkan?

Ya, saya masih melakukan perbuatan menanam uri bayi kerana uri bayi perlu ditanam
dalam tanah bagi memastikan uri bayi tidak dimakan oleh haiwan liar.
Ya, saya masih melakukan perbutan ini. Uri bayi ditanam di dalam tanah.
Ya, saya masih mengamalkan.
Uri bayi ditanam dengan pensel agar anak akan menjadi bijak pada masa akan datang
2
Adakah anda masih mengamalkan adat mengadap perut ketika hamil?

Tidak, saya tidak melakukan malah saya langung tidak mengetahui adat tersebut.
Tidak, saya tidak mengamalkan adat tersebut.
Tidak kerana amalan ini mengandungi unsur khurafat seperti memberi makan kepada semangat.
3
Adakah anda masih menempah bidan dan menggunakan khidmat bidan sewaktu melahirkan anak?
Tidak, saya bersalin di hospital.
Tidak, saya melahirkan anak di hospital Besar Kuantan.
Tidak, saya melahirkan anak di hospital.
4
Adakah anda masih mengamalkan perbuatan melenggang perut ketika hamil?

Ya, ketika mengandungkan anak sulung. Kelapa dan telur digolek di perut dan terdapat bacaan tertentu dibaca.
Ya. Adat tersebut dilakukan untuk membetulkan kedudukan anak di dalam perut dan memudahkan anak keluar ketika bersalin
Ya. Pelbagai persiapan dibuat seperti menyediakan kain kuning tujuh lapisan, bantal kuning, tilam kuning, serta pulut putih dan kuning. Kemudiannya, telur dan kelapa diurut sehingga ke kaki dan kelapa ditendang sekuat-kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak
5
Apakah anda masih mengamalkan perbuatan mandi melenggang perut ketika hamil?
Tidak, saya tidak mengamalkan perbuatan itu.
Tidak kerana kerana bahan-bahan sukar untuk didapati seperti tujuh jenis air telaga.
Ya .Ibu mertua dan ibu saya menyediakan bahan sebelum amalan dilakukan seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sedahan mayang pinang, tujuh jenis bunga, kelapa tua yang sudah dikupas kulit, air tolak bala, telur dan dua batang lilin. Upacara dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau kemudian, dijirus air dan dikibas mayang pinang, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian di lepaskan. Tujuh jenis bunga ditaburi dan akhir sekali air tolak bala dijiruskan ke badan saya.
6
Adakah anda masih mengamalkan perbuatan minum air selusuh sebelum
melahirkan anak?
Ya. Sejenis tumbuhan yang berasal dari Mekah direndam ke dalam air.
Ya. Air selusuh yang diminum saya merupakan air zamzam dan dibaca selawat oleh suami saya.

Ya, saya minum air rendaman sejenis tumbuhan yang dipanggil selusuh.
7
Adakah anda masih melakukan upacara tahnik selepas anak dilahirkan?

Ya, saya masih mengamalkan.
Ya. Kurma diberi kepada anak saya.
Ya. Sedikit makanan seperti kurma diletakkan ke mulut anak saya.
8
Adakah anda masih mengamalkan upacara cukur rambut bayi selepas anak
dilahirkan?

Ya. Rambut anak saya digunting sedikit rambut oleh tok imam.
Ya, kerana merupakan sunnah nabi dan rambut bayi perlu dicukur kesemuanya. Mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan adalah amalan baik bagi membolehkan rambut bayi lebih sihat dan tumbuh lebih lebat.
Ya.  Saya mengadakan majlis dan jamuan makan untuk amalan tersebut.
9
Adakah anda masih melakukan perbuatan melaungkan azan ke telinga bayi selepas
anak dilahirakn?

Ya, ayah saya telah melaungkan azan kepada anak sulung, manakala anak kedua dan ketiga pula diazankan oleh suami.
Ya, anak saya diazankan oleh suami ketika di hospital.
Ya, kesemua anak saya diazankan oleh suami semasa dilahirkan di hospital.
10
Adakah anda masih melakukan adat naik buaian selepas anak dilahirkan?
Tidak. Saya langsung tdak mengetahui perkara tersebut.
Tidak. Tak pernah lakukan.
Ya, kerana warisan bagi keturunan .Perpatih. Adat ini biasanya dilakukan setelah tujuh hari kelahiran bayi. Sebelum anak saya diletakkan ke dalam buai, doa dibaca terlebih dahulu dan diletakkan ke dalam buai oleh nenek serta dibuai sehingga tertidur. Orang-orang yang terlibat dalam majlis tersebut diberi pulut kacang dan bunga telur sebelum pulang. Juga, amalan khurafat tidak lagi dilakukan oleh saya seperti meletakkan bara api dan pisau di buaian.




        Antara penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan terhadap adat menyambut kelahiran seperti amalan menanam uri bayi selepas anak dilahirkan bagi ketiga-tiga informen ialah sama. Informen satu, dua dan tiga masih melakukan perbuatan menanam uri bayi selepas anak dilahirkan. Mereka menanam uri bayi di dalam tanah bagi memastikan uri bayi tidak dimakan oleh haiwan liar. Informen ketiga mengatakan bahawa uri bayi ditanam dengan pensel agar anak akan menjadi bijak pada masa akan datang.
        Seterusnya, adat mengadap perut. Informen satu tidak pernah melakukan perbuatan tersebut. Informen kedua pula langsung tidak mengetahui akan perbuatan tersebut. Manakala, informen ketiga tidak melakukan perbuatan  tersebut kerana amalan mengadap perut mengandungi unsur khurafat. Adat mengadap perut juga dikenali sebagai adat mengadap semangat. Adat ini dilakukan untuk memberi semangat makan. Upacara ini dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Ibu mengandung akan duduk di atas pelamin sepanjang upacara tersebut. Kaum perempuan yang lain pula akan menyediakan makanan seperti ayam dan telur untuk semangat .Wanita hamil akan memakan sedikit garam bagi memastikan anak yang dilahirkan tidak cacat dan tidak diganggu oleh semangat jahat.
        Selain itu, ketiga-tiga informen tidak lagi mengamalkan adat menempah bidan dan khidmat bidan sewaktu melahirkan anak. Hal ini demikian kerana, mereka melahirkan anak di hospital. Bidan ditempah sebelum waktu bersalin oleh masyarakat dahulu kala. Namun, kemudahan rumah sakit pada era modenisasi ini menyebabkan adat ini tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan.
         Ketiga- tiga informen masih melakukan perbuatan melenggang perut. Informen pertama mengamalkan perbuatan tersebut ketika mengandung anak sulung. Kelapa dan telur digolek di perut dan terdapat bacaan tertentu dibaca ketika perbuatan tersebut dijalankan. Informen kedua berkata amalan tersebut dilakukan untuk membetulkan kedudukan anak di dalam perut dan memudahkan anak keluar ketika bersalin. Informen ketiga pula berkata persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapisan, bantal kuning, tilam kuning, serta pulut putih dan kuning. Kemudiannya, telur dan kelapa diurut sehingga ke kaki dan kelapa ditendang sekuat-kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak.
         Perbuatan mandi melenggang ketika hamil tidak lagi diamalkan oleh informen pertama. Informen kedua juga tidak mengamalkan perbuatan tersebut kerana bahan-bahan sukar untuk didapati seperti tujuh jenis air telaga. Manakala informen ketiga masih mengamalkan amalan mandi melenggang perut. Ibu mertua dan ibu informen satu menyediakan pelbagai bahan sebelum amalan dilakukan seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sedahan mayang pinang, tujuh jenis bunga, sebiji kelapa tua yang sudah dikupas kulit, air tolak bala, sebiji telur dan dua batang lilin. Upacara dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau kemudian, dijirus air dan dikibas mayang pinang, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian di lepaskan. Tujuh jenis bunga ditaburi dan akhir sekali air tolak bala dijiruskan ke badan informen ketiga.
        Ketiga-tiga orang informen masih mengamalkan perbuatan minum air selusuh sebelum melahirkan anak. Informen pertama mengatakan air selusuh berasal daripada sejenis tumbuhan dari Mekah yang direndam dan dijadikan air. Informen ketiga mengatakan perkara yang sama seperti informen pertama. Manakala informen kedua pula mengatakan air selusuh yang diminumya merupakan air zamzam dan dibaca selawat oleh suaminya.
        Di samping itu, ketiga-tiga informen masih melakukan upacara tahnik selepas anak disambut. Informen satu, kedua dan ketiga mengatakan anak mereka  yang dilahirkan diberi sedikit makanan seperti kurma. Selepas kurma diletakkan ke mulut, si ayah akan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang baik dan solehah.
       Ketiga-tiga informen juga masih mengamalkan upacara cukur rambut bayi. Cukur rambut bayi juga dikenali sebagai cukur jambul bayi. Jambul bayi yang dilahirkan digunting sedikit. Informen pertama berkata tok imam mengunting sedikit rambut anaknya yang dilahirkan. Informen kedua berkata bahawa cukur jambul merupakan sunnah nabi dan rambut bayi juga perlu dicukur kesemuanya. Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan adalah amalan baik bagi membolehkan rambut bayi lebih sihat dan tumbuh lebih lebat. Informen ketiga pula mengadakan majlis dan diadakan jamuan untuk amalan tersebut.
        Selain itu, informen pertama mengatakan perbuatan melaungkan azan ke telinga bayi masih diamalkan, Informen pertama berkata bahawa ayah beliau telah melaungkan azan kepada anak sulungnya, manakala anak kedua dan ketiga pula diazankan oleh suaminya. Informen kedua dan ketiga pula berkata kesemua anak mereka diazankan oleh suami ketika anak dilahirkan di hospital. Tujuan amalan ini dilakukan ialah bagi memastikan anak itu diberkati dan tidak diganggu syaitan dan makhluk lain.

        Adat naik buaian atau berendoi tidak lagi diamalkan oleh informen pertama dan informen kedua langsung tidak pernah melakukan adat tersebut. Namun, informen ketiga masih mengamalkan perbuatan tersebut kerana merupakan adat warisan bagi keturunan yang mengamalkan adat Perpatih. Adat ini kebiasaan dilakukan setelah tujuh hari kelahiran bayi. Sebelum bayi diletakkan ke dalam buai, doa dibaca terlebih dahulu dan bayi diletakkan ke dalam buai oleh nenek serta dibuai sehingga tertidur. Orang-orang yang terlibat dalam majlis tersebut diberi pulut kacang dan bunga telur sebelum pulang. Beliau juga berkata, amalan khurafat tidak lagi dilakukan. Kebiasan masyarakat zaman dahulu kala, sebelum bayi diletakkan ke dalam buai akan meletakkan bara api ke dalam buai bagi menghalang jin dan syaitan, dikatakan jin dan syaitan diserap ke dalam bara api tersebut. Selain itu, bahan tajam seperti pisau diletakkan di bawah buaian sepanjang upacara dilakukan bagi memastikan tiada gangguan oleh makhluk halus.