5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bahagian
ini akan menceritakan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh 30 orang
responden. Data yang diperoleh telah diproses bagi mendapatkan statistik
seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan.
5.1 Analisis Demografi Responden
Seramai
30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di perumahan Batu 3 ½ telah
disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek
jantina, umur, bangsa dan pekerjaan dipersembahkan dalam bentuk rajah.
5.1.1 Analisis Jantina Responden
Jantina
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan (%)
|
Lelaki
|
15
|
50.0
|
Perempuan
|
15
|
50.0
|
Jumlah
|
30
|
100.0
|
Jadual 3 : Taburan Responden Berdasarkan
Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2015
(carta pai)
Jadual
3 menunjukkan taburan responden yang telah disoal selidik. Berdasarkan hasil
kajian, daripada 30 orang responden seramai 15 orang perempuan (50%) adalah
perempuan dan selebihnya seramai 15 orang lelaki (50%). Kebanyakan responden
merupakan pasangan suami isteri.
5.1.2 Analisis Umur Responden
Umur
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan (%)
|
Bawah 18 tahun
|
2
|
6.7
|
19 tahun – 30
tahun
|
12
|
40.0
|
31 tahun – 40
tahun
|
2
|
6.7
|
41 tahun – 50
tahun
|
8
|
26.6
|
51 tahun dan ke
atas
|
6
|
20.0
|
Jumlah
|
30
|
100.0
|
Jadual 4 : Taburan Responden Berdasarkan
Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2015
(carta pai)
Jadual
4 menunjukkan taburan responden yang telah disoal selidik. Berdasarkan hasil
kajian, daripada 30 responden yang telah disoal selidik, responden yang berumur
di bawah 18 tahun adalah seramai dua orang (6.7%), manakala majoriti responden
berumur 19 tahun hingga 30 tahun iaitu seramai 12 orang (40%). Responden
berumur 31 tahun sehingga 40 tahun seramai dua orang (6.7%), responden berumur
41 tahun hingga 50 tahun seramai lapan orang (26.6%) dan enam orang responden
(20%) berumur 51 tahun dan ke atas.
5.1.3 Analisis Bangsa Responden
Bangsa
|
Frekuensi (f)
|
Peratusan (%)
|
Melayu
|
30
|
100.0
|
Cina
|
0
|
0
|
India
|
0
|
0
|
Jumlah
|
30
|
100.0
|
Jadual 5 : Taburan Responden Berdasarkan
Bangsa
Sumber : Kajian Lapangan 2015
(carta pai)
5.2
Analisis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan
masyarakat Melayu dan pantang larang semasa hamil masyarakat Melayu di Batu 3
½, Kuantan.
Bil
|
Item soalan
|
SS
|
S
|
TS
|
STS
|
||||
f
|
%
|
f
|
%
|
f
|
%
|
f
|
%
|
||
1
|
Adat melenggang perut masih dilakukan oleh wanita
hamil.
|
2
|
6.7
|
16
|
53.3
|
7
|
23.3
|
5
|
16.7
|
2
|
Uri bayi ditanam di dalam tanah.
|
19
|
63.4
|
10
|
33.3
|
0
|
0
|
1
|
3.3
|
3
|
Amalan menanam uri dengan alatan tajam seperti paku
masih diamalkan.
|
3
|
10.0
|
6
|
20.0
|
4
|
13.3
|
17
|
56.7
|
4
|
Kepercayaan suami tidak boleh memancing ikan semasa isteri hamil masih
diamalkan.
|
1
|
3.3
|
10
|
33.4
|
13
|
43.3
|
6
|
20
|
5
|
Kepercayaan wanita hamil tidak boleh melalui di bawah ampaian masih
diamalkan.
|
1
|
3.3
|
5
|
16.7
|
15
|
50.0
|
9
|
30.0
|
6
|
Kepercayaan adat membaca wirid dan doa dapat melindungi bayi dari
gangguan makhluk halus masih diamalkan.
|
16
|
53.3
|
14
|
46.7
|
0
|
0
|
0
|
0
|
7
|
Adat mengadap perut masih diamalkan.
|
0
|
0
|
4
|
13.3
|
16
|
53.3
|
10
|
33.4
|
8
|
Setelah genap tujuh bulan, adat menempah bidan diamalkan.
|
3
|
10
|
3
|
10
|
13
|
43.3
|
11
|
36.7
|
9
|
Barangan persiapan menyambut kelahiran tidak boleh disediakan sekiranya
belum mencukupi lima bulan kerana khuathir ditimpa bala masih diamalkan.
|
0
|
0
|
5
|
16.7
|
7
|
23.3
|
18
|
60
|
10
|
Melakukan majlis solat hajat dan doa selamat dapat memberkati wanita yang
sedang hamil.
|
9
|
30
|
19
|
63.3
|
2
|
6.7
|
0
|
0
|
11
|
Meminum air selusuh masih diamalkan.
|
20
|
66.7
|
10
|
33.3
|
0
|
0
|
0
|
0
|
12
|
Mandi melenggang perut dilakukan untuk tolak bala.
|
0
|
0
|
4
|
13.3
|
6
|
20
|
20
|
66.7
|
13
|
Wanita yang hamil perlu berpantang dari segi pemakanan.
|
4
|
13.3
|
10
|
33.3
|
5
|
16.7
|
11
|
36.7
|
14
|
Ikatan perlu dibuat dahulu sebelum tali pusat dikerat.
|
2
|
6.7
|
1
|
3.3
|
13
|
43.3
|
14
|
46.7
|
15
|
Kepercayaan duri diletakkan di kawasan rumah supaya tidak diganggu
penanggal masih diamalkan
|
1
|
3.3
|
7
|
23.3
|
14
|
46.7
|
8
|
26.7
|
Jadual
7 : Analisis adat menyambut kelahiran bayi dalam
kalangan masyarakat Melayu dan pantang larang semasa hamil masyarakat Melayu di
Batu 3 ½, Kuantan
Sumber : Kajian hasil
soal selidik 2015
Analisis kajian menunjukkan adat
melenggang perut merupakan jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan
masyarakat Melayu. Seramai dua orang responden (6.7%) sangat setuju dan 16
orang responden (53.3%) setuju adat ini masih diamalkan oleh wanita hamil. Hal
ini kerana adat melenggang perut adalah bertujuan untuk membetulkan perut wanita yang
mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan
wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Dalam pada itu, menanam uri bayi di
dalam tanah merupakan adat menyambut kelahiran bayi. 19 orang responden (63.4%)
sangat setuju bahawa uri bayi perlu di tanam di dalam tanah dan 10 orang
responden (33.3.%) setuju dengan kenyataan tersebut. Uri bayi tidak boleh dibuang
merata-rata kerana takut dimakan haiwan liar. Oleh yang demikian, uri bayi
perlu ditanam di dalam tanah agar lebih selamat.
Selain itu, sepuluh peratus responden
sangat setuju bahawa amalan menanam paku dengan alatan tajam seperti paku masih
diamalkan. Manakala 20 % responden bersetuju amalan itu masih diamalkan. Namun,
terdapat responden seramai empat orang (13.3%) tidak setuju amalan ini masih
diamalkan. Majoriti responden seramai 17 orang (56.7%) sangat tidak setuju
amalan menanam uri bayi dengan alatan tajam seperti paku masih diamalkan.
Masyarakat mempercayai sekiranya uri bayi ditanam dengan alatan tajam, uri
tersebut tidak akan diganggu dan dimakan oleh makhluk halus. Namun, sesetengah
masyarakat Melayu moden kini tidak mengamalkan perbuatan tersebut kerana
merasakan kepercayaan itu kolot.
Seterusnya, kepercayaan suami tidak
boleh memancing ikan semasa isteri hamil masih diamalkan dan dipersetujui oleh
responden sebanyak 33.4 peratus. Seorang responden (3.3%) sangat setuju dengan
kenyataan tersebut. 43.3 peratus tidak setuju kepercayaan suami tidak boleh
memancing ikan semasa isteri hamil masih diamalkan dan enam orang responden
(20%) sangat tidak setuju dengan kepercayaan tersebut. Masyarakat Melayu kini
tidak mempercayai akan hal yang sedemikian kerana merasakan kepercayaan itu
kuno. Bagi masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tersebut, mereka
merasakan bahawa anak yang berada di dalam kandungan akan sumbing bibir.
Seorang responden (3.3%) sangat setuju
bahawa kepercayaan wanita hamil tidak boleh melalui di bawah ampaian masih
diamalkan. Lima orang responden (16.7%) juga setuju kepercayaan wanita hamil
tidak boleh melalui di bawah ampaian masih diamalkan. Manakala 15 orang
responden (50%) tidak setuju bahawa kepercayaan wanita hamil tidak boleh
melalui di bawah ampaian masih diamalkan. Daripada 30 responden, sembilan orang
reponden (20%) sangat tidak setuju bahawa kepercayaan tersebut masih diamalkan.
Responden yang bersetuju mengatakan bahawa anak yang akan dilahirkan akan
gagap. Terdapat juga sesetengah responden mengatakan bahawa demi menjaga
keselamatan kerana penyidai ampaian biasanya rendah dan dikhuatiri ibu hamil
akan tersendung dan jatuh. Namun, majoriti responden tidak bersetuju kerana
merasakan kepercayaan tersebut hanyalah kepercayaan yang lapuk.
Berdasarkan analisis, seramai 16 orang
responden (53.3%) sangat setuju bahawa kepercayaan adat membaca wirid dan doa
dapat melindungi bayi dari gangguan makhluk halus masih diamalkan dan 14 orang
responden(46.7%) setuju dengan
kepercayaan tersebut masih diamalkan. Hal ini kerana bacaan doa dan wirid dapat
menjadi pendinding kepada wanita hamil dari gangguan syaitan disamping elok
dilakukan oleh wanita hamil yang beragama Islam.
Di samping itu, tiada responden yang
sangat setuju dengan adat mengadap perut masih diamalkan. Empat orang responden
(13.3%) pula setuju bahawa adat mengadap perut masih diamalkan. Tetapi terdapat
16 orang responden (53.3%) yang tidak setuju dan 10 orang responden (33.4%) sangat tidak setuju
bahawa adat mengadap perut masih diamalkan. Amalan mengadap perut juga dikenali
sebagai upacara mengadap semangat. Upacara ini dihadiri oleh wanita sahaja dan
makanan diberikan kepada semangat, wanita hamil akan merasa sedikit garam
dengan kepercayaan bayi yang dilahirkan nanti mempunyai anggota yang sihat.
Adat ini tidak dipersetujui oleh majoriti responden kerana mempunyai unsur
khurafat.
Selain itu, adat menyambut kelahiran
menempah bidan setelah genap tujuh bulan mendapat tiga orang responden (10%)
yang sangat setuju dan juga tiga orang responden (10%) yang setuju. Majoriti
tidak setuju dengan amalan ini masih diamalkan. 13 orang responden (43.3%)
tidak setuju bahawa setelah genap tujuh bulan, adat menempah bidan diamalkan.
11 orang responden (36.7%) sangat tidak setuju bahawa adat tersebut masih
diamalkan. Amalan menempah bidan ini bertujuan untuk menentukan bidan untuk
menyambut kelahiran bayi nanti dan dikhuathiri jikalau tempahan tidak dilakukan
awal, bidan yang ada tidak dapat membantu wanita hamil melahirkan bayi. Amalan
ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu di Batu 3 ½ kerana kewujudan hospital pada era moden ini
menyebabkan amalan ini jarang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Hal ini kerana,
kebanyakan masyarakat Melayu melahirkan anak di hospital.
Tiada responden yang sangat setuju
bahawa barangan persiapan menyambut kelahiran tidak boleh disediakan sekiranya
belum mencukupi lima bulan kerana khuathir ditimpa bala masih diamalkan. Namun,
terdapat lima responden (16.7%) yang berseuju bahawa barangan persiapan
menyambut kelahiran tidak boleh disediakan sekiranya belum mencukupi lima bulan
kerana khuathir ditimpa bala masih diamalkan. Tujuh orang responden (23.3%)
yang tidak setuju dengan perbuatan tersebut masih diamalkan dan majoriti
responden sangat tidak setuju dengan perbuatan tersebut diamalkan seramai 18
orang responden (60%). Majoriti responden tidak bersetuju amalan ini diamalkan
kerana berasa terdapat unsur khurafat.
Peratusan responden yang sangat setuju
melakukan majlis solat hajat dan doa selamat dapat memberkati wanita yang
sedang hamil sebanyak 30 peratus iaitu sembilan orang responden. Majoriti
responden setuju dengan kenyataan tersebut seramai 19 orang responden (63.3%).
Manakala dua orang responden (6.7%) tidak setuju dan tiada responden yang
sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Majlis solat hajat dan doa
dilakukan bertujuan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada Allah S.W.T.
Masyarakat Melayu yang beragama Islam juga melakukan perbuatan ini agar wanita
yang hamil diberkati dan dilindugi oleh tuhan sepanjang kehamilan mereka.
Jenis adat menyambut kelahiran lain ialah
meminum air selusuh. 20 orang responden (66.7%) sangat setuju bahawa adat
tersebut masih diamalkan. Sepuluh orang responden (33.3%) setuju bahawa meminum
air selusuh masih diamalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan meminum
air selusuh akan memudahkan wanita hamil untuk melahirkan anak.
Peratus responden yang sangat setuju
bahawa mandi melenggang perut dilakukan untuk tolak bala ialah sifar dan empat
orang responden (13.3%) setuju dengan
amalan tersebut. Terdapat responden yang tidak setuju dengan kenyatan tersebut
seramai enam orang (20%). Majoriti responden sangat tidak setuju bahawa mandi
melenggang perut dilakukan untuk tolak bala seramai 20 orang (66.7%). Perbuatan
ini tidak dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kerana dianggap rumit. Hal ini
kerana wanita hamil perlu dimandikan dengan air tujuh telaga dan ditaburi
dengan tujuh jenis bunga.
Peratusan responden sangat setuju bahawa
wanita yang hamil perlu berpantang dari segi pemakanan sebanyak 13.3 peratus.
Responden yang setuju seramai sepuluh orang (33.3%). Responden yang tidak
setuju seramai lima orang (16.7%). Majoriti responden sangat tidak setuju
bahawa wanita yang hamil perlu berpantang dari segi pemakanan seramai 11 orang
(36.7%). Wanita yang hamil perlu berpantang demi kesihatan mereka. Mereka tidak
boleh makan makanan dengan sesuka hati kerana makanan tersebut berkemungkinan
akan menjejaskan kandungan mereka. Wanita hamil digalakkan untuk makan
sayur-sayuran, produk tenusu dan makanan berkanji agar anak dalam kandungan
mendapat nutrien yang secukupnya.
Ikatan perlu dibuat dahulu sebelum tali
pusat dikerat sangat dipersetujui oleh dua orang responden (6.7%), seorang
setuju (3.3%) dengan perbuatan tersebut. 43.3 peratus tidak setuju dengan
perbuatan tersebut. Majoriti responden sangat tidak setuju seramai 14 orang
(46.7%) dengan perbuatan tersebut. Ikatan perlu dibuat dahulu sebelum tali
pusat dikerat dengan tujuan untuk menyekat aliran darah antara ibu dan
kandungan. Responden tidak bersetuju
dengan amalan ini kerana merasakan perbuatan ini tidak penting.
3.3 peratus responden yang sangat
setuju bahawa kepercayaan duri diletakkan di kawasan rumah supaya tidak
diganggu penanggal masih diamalkan. Tujuh orang responden (23.3%) setuju dengan
kepercayaan tersebut. Majoriti responden seramai 14 orang (46.7%) tidak setuju
dengan kenyataan tersebut. 26.7 peratus responden sangat tidak setuju bahawa
kepercayaan duri diletakkan di kawasan rumah supaya tidak diganggu penanggal
masih diamalkan. Amalan ini sangat dipercayai oleh masyarakat dahulu kala,
namun majoriti responden masyarakat Melayu di Batu 3 ½ tidak mempercayai
kepercayaan tersebut kerana berasakan terdapat unsur khurafat. Tambahan pula,
responden di kawasan tersebut beragama Islam dan mendapatkan perlindungan dari
Tuhan dengan cara berdoa dan sebagainya.