6.0 Rumusan dan Kesimpulan
6.1 Rumusan
Tajuk kajian ini ialah Amalan Adat
Menyambut Kelahiran dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Batu 3 ½, Kuantan,
Pahang. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti jenis
adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan pantang
larang semasa hamil masyarakat Melayu di Batu 3 ½, Kuantan serta mengkaji
penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan terhadap adat menyambut
kelahiran. Kajian dijalankan di kawasan perumahan Batu 3 ½ Kuantan. Kedua-dua
objektif kajian ini telah tercapai.
6.1.1Mengenal
pasti jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan
pantang larang semasa hamil masyarakat Melayu di Batu 3 ½, Kuantan.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal
jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan
pantang larang semasa hamil masyarakat Melayu di Batu 3 ½, Kuantan. Kaedah yang
diguna untuk mengkaji objektif pertama ini ialah menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu melalui soal selidik. Kajian ini dijalankan pada waktu cuti sekolah iaitu
pada hari khamis, 19 Mac 2015. Seramai 30 orang responden disoal selidik
menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian ini merumuskan bahawa terdapat
pelbagai jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalanga masyarakat Melayu seperti
amalan melenggang perut, menanam uri, mandi melenggang perut, menenempah bidan,
menadap perut, dan meminum air selusuh. Sesetengah masyarakat di kawasan
tersebut juga masih mempercayai kepercayaan dan pantang larang semasa hamil
seperti kepercayaan suami tidak boleh memancing ikan semasa isteri masih hamil,
kepercayaan wanita hamil tidak boleh melalui di bawah ampaian, kepercayaan duri
diletakkan di kawasan rumah supaya tidak diganggu penanggal, kepercayaan
barangan persiapan menyambut kelahiran tidak boleh disediakan sekiranya belum
mencukupi lima bulan kerana khuathir ditimpa bala, serta membaca wirid dan doa
dapat melindungi bayi dari gangguan makhluk halus, dan ikatan perlu dibuat
dahulu sebelum tali pusat dikerat, serta amalan berunusr Islamik seperti
membaca wirid dan doa dapat melindungi bayi dari gangguan makhluk halus,
melakukan majlis solat hajat dapat memberkati wanita hamil, dan berpantang dari
segi pemakanan. Objektif utama ini telah tercapai.
6.1.2
Mengkaji penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan terhadap adat
menyambut kelahiran.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerimaan
masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan terhadap adat menyambut kelahiran.
Kaedah yang digunakan untuk mengkaji objektif kedua ini ialah menggunakan
kaedah kualitatif iaitu temu bual. Pengkaji
telah menebual tiga orang informen yang tinggal di Batu 3 ½, Kuantan.
Kajian ini dijalankan selama tiga hari pada 20 Mac 2015 hingga 22 Mac 2015.
Pelbagai pendapat dikemukan oleh informen. Majoriti informen masih mengamalkan
perbuatan menanam uri bayi walaupun pada era moden ini. Masyarakat Melayu moden
di Batu 3 ½, Kuantan juga masih melakukan perbuatan melenggang perut, mandi
melenggang perut, meminum air selusuh, melaungkan azan kepada bayi, tahnik,
cukur jambul, dan adat naik buai. Namun, mereka tidak lagi mengamalkan adat menempah
bidan kerana masyarakat Melayu moden di kawasan ini lebih gemar bersalin di
rumah sakit atau hospital. Selain itu, ketiga-tiga informen tidak lagi
mengamalkan amalan mengadap perut atau mengadap semangat kerana perbuatan
tersebut mengandungi unsur khurafat seperti memberi makan kepada semangat.
Hasil kajian ini merumuskan bahawa masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan
masih mengamalkan adat menyambut kelahiran walaupun bukan kesemua adat
tersebut. Objektif kedua kajian ini turut tercapai.
6.2
Kesimpulan
Terdapat pelbagai jenis amalan bagi
adat menyambut kelahiran masyarakat Melayu. Dalam kajian ini, amalan adat
menyambut kelahiran ialah amalan melenggang perut, mandi melenggang perut,
menempah bidan, menanam uri bayi, mengadap perut, membaca doa, meminum air
selusuh, mengazan bayi, tahnik, dan cukur jambul serta terdapat pelbagai
pantang larang yang diamalkan masyarakat ketika hamil. Dalam adat tersebut juga
wujud unsur-unsur khurafat. Semua pihak boleh mengamalkan adat menyambut
kelahiran ini tetapi tidak perlu melakukan perkara yang menyekutukan Tuhan dan
perbuatan khurafat lain kerana masyarakat Melayu beragama Islam. Amalan seperti
mengadap perut atau mengadap semangat tidak perlu diamalkan sebaliknya
masyarakat boleh mengantikan perbuatan itu dengan melakukan majlis bacaan doa
dan sebagainya.