d

Saturday, June 20, 2015

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am STPM (part 1)

1.0  Pengenalan

     Masyarakat Melayu tidak boleh lari daripada pengaruh adat resam dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, mereka diajar sejak dari kecil lagi oleh orang tua-tua dahulu supaya menjaga adat resam. Adat resam ini masih diamalkan pada zaman moden ini. Sesetengah orang pada zaman moden menganggap adat resam ini sebagai amalan yang lapuk dan sesetengah pula langsung tidak mengetahui tentang adat resam masyarakat Melayu. Adat resam lebih kukuh diamalkan terutama di kawasan perkampungan berbanding di bandar. Antara adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah adat berkhatan, berkahwin, dan menyambut kelahiran. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperoleh melalui kitab lama seperti Rayamana. Selain itu, ada adat yang dipengaruhi unsur Hindu, Buddha dan Islam. Pengaruh Islam dikatakan paling kuat mempengaruhi adat resam Melayu. Di samping itu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat resam merupakan adat jawi iaitu adat bercampur.
     Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) adat merupakan peraturan masyarakat, undang-undang, dan hukum masyarakat. Resam pula membawa maksud kebiasaan, sifat dan tabiat. Maka, adat resam boleh dikatakan sebagai perkara yang lazim dilakukan oleh masyarakat dan dianggap ibarat undang-undang. Adat juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi dan perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Adat turut membezakan dan melambang sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Kesimpulannya, adat resam dapat didefinasikan sebagai adat yang diwarisi secara turun-temurun dan menjadi pengikat tradisi sesuatu kaum.
     Sebelum adat menyambut kelahiran dilakukan, pelbagai adat lain dibuat. Orang-orang tua dahulu kala berkata adat ini dilakukan untuk menjamin kesihatan, keselamatan dan mengelakkan wanita yang hamil dan janinnya diganggu atau dikacau oleh makhluk halus. Adat-adat ini dikatakan dapat menjadi pendinding daripada gangguan makhluk halus merasuk atau menggoda wanita yang hamil. Antara amalan yang dilakukan bagi menyambut kelahiran bayi ialah menempah bidan, mandi melenggang perut, dan mengadap perut. Ketika wanita hamil, terdapat banyak pantang-larang yang perlu dihadapi. Wanita yang hamil genap tujuh bulan, mereka akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang perut serta menempah bidan. Kebanyakan adat menyambut kelahiran dibuat mengikut cara Islam seperti mengazan bayi, melakukan tahnik, mencukur rambut dan menamakan anak. Terdapat
juga perbuatan lain seperti menanam uri dan tembuni bayi yang dilakukan secara berlebihan, uri dan tembuni bayi ditanam bagi mengelakkan dimakan oleh haiwan liar seperti anjing.
     Dalam kajian ini, pengkaji akan memberi fokus kepada adat menyambut kelahiran di kawasan perumahan Batu 3 ½ Kuantan, Pahang. Fokus kajian ialah untuk mengkaji adat untuk menyambut kelahiran yang diamalkan masyarakat melayu di Batu 3 ½ dan pantang larang semasa hamil masyarakat tersebut. Selain itu, pengkaji akan cuba mengenal pasti penerimaan masyarakat di kawasan tersebut terhadap adat menyambut kelahiran. Kajian ini akan mengupas amalan adat yang dilakukan oleh masyarakat melayu tradisional dan melayu Islam. Masyarakat Melayu di petempatan tersebut melakukan adat Melayu tradisional bercampur dengan adat melayu Islam.
     Kajian ini dibuat atas beberapa rasional. Antara kewajaran kajian ini dilakukan ialah kerana amalan menyambut kelahiran ini hanya dilakukan oleh sesetengah masyarakat sahaja. Amalan ini kurang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat moden. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklumat tentang adat menyambut kelahiran yang dilakukan oleh masyarakat melayu moden di Batu 3 ½.
     Kawasan perumahan Batu 3 ½ dipilih sebagai lokasi kajian kerana majoriti penduduk merupakan masyarakat melayu terutama dari golongan warga tua yang mengetahui lebih mendalam akan adat menyambut kelahiran. Secara tidak langsung, pengkaji dapat memahami akan adat yang diamalkan oleh orang Melayu tradisional berkaitan adat menyambut kelahiran. Selain itu, masyarakat yang tinggal di Batu 3 ½ pernah mengamalkan adat tersebut. Hal ini memudahkan lagi pengkaji mendapat pengetahuan dan penjelasan secara terperinci berkaitan adat menyambut kelahiran masyarakat melayu. Terdapat juga orang Melayu moden yang tinggal di kawasan perumahan tersebut. Oleh yang demikian, pengkaji dapat mengetahui pandangan dan penerimaan masyarakat Melayu moden terhadap adat menyambut kelahiran.
     Kesimpulannya, terdapat pelbagai adat menyambut kelahiran yang dilakukan oleh masyarakat Melayu sejak dari turun-temurun. Adat ini dilakukan demi menghormati orang-orang tua dahulu yang telah bersusah-payah menurunkan adat ini kepada anak-anak mereka di samping membezakan antara kaum-kaum yang lain.

2.0  Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :-
1.      Mengenal pasti jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan pantang larang semasa hamil masyarakat Melayu di Batu 3 ½, Kuantan.
2.      Mengkaji penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½, Kuantan terhadap adat menyambut kelahiran.


3.0 Lokasi Kajian
    
        Lokasi kajian pengkaji ialah di kawasan perumahan Batu 3 ½. Lokasi kajian ini terletak di Jalan Gambang 25150, Kuantan Pahang. Kawasan perumahan ini diberi nama baru iaitu Taman Sri Belat. Kawasan Batu 3 ½ berhampiran dengan Kampung Belukar dan Kampung Kurnia. Antara kemudahan yang terdapat di kawasan perumahan Batu 3 ½ ialah gerai, taman permainan, balai raya, telefon awam, sekolah, kedai makan dan surau. Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut ialah pesara kerajaan. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Kuantan. Pengkaji memilih lokasi ini sebagai lokasi kajian kerana kawasan perumahan tersebut terdapat golongan yang sudah mempunyai anak di samping terdapat warga emas yang mengetahui tentang adat resam menyambut kelahiran masyarakat Melayu.

(letak gambar lokasi kajian)

(letak gambar peta Malaysia)

        Berdasarkan peta, Malaysia terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur di bahagain utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Brunei di utara dan Indonesia di Selatan. Malaysia juga terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa.

(letak gambar peta pahang)

Kajian ini telah dijalankan di negeri Pahang. Pahang juga merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Negeri Pahang terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas. Pahang terletak di kawasan timur Malaysia dan berhampiran dengan negeri Kelantan dan Terengganu. Pahang mempunyai 11 daerah seperti Kuantan, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Temerloh dan lain-lain.

(letak gambar peta kuantan)

Daerah Kuantan merupakan ibu negeri Pahang Darul Makmur dan terletak di bahagian timur Negeri Pahang. Daerah Kuantan berjiran dengan daerah Pekan, Maran dan Jerantut

4.0 Metodologi
4.1 Pendahuluan
        Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Secara am metodologi ialah kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat hasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
4.2 Reka Bentuk Kajian
        Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Reka bentuk kajian juga penting sebagai panduan dalam membantu pengkaji dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu di Batu 3 ½ dan penerimaan masyarakat di kawasan tersebut terhadap adat menyambut kelahiran.
4.3 Instrumen Kajian
        Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, cara atau kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data kajian adalah dengan menggunakan borang temu bual, soal selidik dan rujukan.
Kaedah
Instrumen kajian
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Borang temu bual, rujukan

4.3.1 Kaedah Soal Selidik
        Soal selidik dilakukan oleh pengkaji menggunakan borang soal selidik yang kemudian diisi oleh responden bagi mendapatkan maklumat. Kaedah yang digunakan ialah kajian kuantitatif iaitu kajian yang menggunakan data bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat pengukuran seperti borang soal selidik. Borang soal selidik menggunakan skala likert. Nama skala ini diambil dari nama orang yang menerbitkan suatu laporan yang menjelaskan penggunaannya, iaitu Rensis Likert. Rensis Likert telah mengembangkan sebuah skala untuk mengukur sikap masyarakat di tahun 1932 yang sekarang terkenal dengan nama Skala Likert. Skala Likert adalah suatu skala psikometrik yang umum digunakan dalam kuesioner dan merupakan skala yang paling banyak digunakan dalam riset berupa survei.
4.3.2 Kaedah Temu Bual
        Temu bual menggunakan kajian kualitatif iaitu kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara temu bual bagi mendapatkan data yang lengkap. Kaedah temu bual ini terbahagi kepada tiga iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah temu bual berstruktur ini berdasarkan soalan-soalan temu bual yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum ke lokasi kajian. Temu bual separa berstruktur pula merupakan soalan-soalan yang disediakan berdasarkan soalan pertama dan jawapan daripada responden di lokasi kajian, manakala temu bual tidak berstruktur pula merupakan soalan spontan daripada penyelidik kepada responden untuk dijawab.
4.3.3 Kaedah Pemerhatian
        Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Kaedah pemerhatian boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. Kaedah pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat.
4.3.4 Kaedah Rujukan
        Rujukan merupakan kajian kualitatif iaitu kajian yang tidak boleh diukur. Pengkaji mendapatkan data dari sumber perpustakaan seperti majalah, buku ilmiah, tesis, surat khabar dan artikel.
4.4 Cara Mengumpul Data
        Dalam laksana kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah seperti Soal Selidik, Temu Bual dan Rujukan.


4.4.1 Soal Selidik
        Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik untuk dijawab oleh 30 orang responden di kawasan Batu 3 ½. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan Skala Likert.. Biasanya Skala Likert mempunyai lima pilihan skala dengan format seperti :-
     1 –  sangat setuju
     2 –  setuju
     3 – tidak setuju
     4 – sangat tidak setuju
   
        Responden menentukan tingkat persetujuan mereka terhadap suatu penyataan dengan memilih salah satu dari pilihan yang tersedia.
4.4.2 Temu Bual
        Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual dalam mengkaji penerimaan masyarakat Melayu moden di Batu 3 ½ terhadap adat menyambut kelahiran. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah ini untuk mengkaji pantang larang semasa hamil masyarakat di Batu 3 ½. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur bagi menyoal 3 orang responden dengan 10 soalan berkaitan adat menyambut kelahiran. Pengkaji telah menggunakan instrumen seperti telefon pintar untuk mengambil gambar dan merekod aktiviti temu  bual tersebut.
4.4.3 Rujukan
        Rujukan merupakan instrumen ketiga yang digunakan pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji juga menggunakan kaedah rujukan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat. Pengkaji mendapatkan maklumat bahan rujukan daripada Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan Perpustakaan di SMK Paya Besar Kuantan.
4.5 Cara Memproses & Menganalisis Data
        Terdapat dua cara perolehan data kuantitatif dan kualitatif.
4.5.1 Soal Selidik
     Data yang diperoleh soal selidik akan dianalisis secara kuantitatif untuk hasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Contoh penyataan yang gunakan skala likert.
                                                                                                              
Bil
Perkara
SS
S
TS
STS
K
%
K
%
K
%
K
%
1









2









3









4









Jadual 1: Jadual Likert

4.5.2 Temu Bual
     Analisis secara kualitatif digunakan untuk analisis data temu bual menggunakan borang metrik temu bual. Contoh borang tersebut boleh dilihat melalui Jadual 2 di bawah.
Bil
Item
Informen 1
Informen 2
Informen 3
1




2




3




4




Jadual 2 : Pola Metrik
4.6 Rumusan
    Terdapat beberapa kaedah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian. Kaedah utama ialah kaedah soal selidik. Kaedah ini memerlukan 30 orang responden. Selain itu, kaedah temu bual yang memerlukan 3 orang informen. Di samping itu, pengkaji menggunakan kaedah rujukan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.