Penulisan Akademik perlu mempunyai beberapa elemen seperti:
(a) Pendahuluan:
Dalam tiga atau empat ayat tentang apa dan bagaimana.
(b) Latar Belakang Kajian: Tentang kajian lepas yang
telah dilakukan sebelum ini. Boleh
jelaskan secara ringkas kajian lepas yang dilakukan berkaitan tajuk.
(c) Tujuan: Nyatakan tujuan atau objektif kajian tersebut dilakukan. Dua atau tiga. Jika ada
perbandingan, barulah
tiga.
(d) Bidang: Nyatakan bidang bagi kajian tersebut. Sekiranya anda mengkaji bidang bahasa,
nyatakan dari konteks apa. Sama ada semantik, fonetik, linguistik dan sebagainya.
(e) Bahan kajian : Sesetengah penulisan mahukan bahan kajian dan ada kajian yang tidak
memerlukan bahagian ini. Jika anda mengkaji novel, jelaskan tajuk, tarikh penerbitan,
nama penerbit, kod buku, tahun dicetak, dan sinopsis ringkas bahan tersebut.
(f)
Kaedah : Kajian ini perlu berdasarkan kuantitatif atau
kualitatif atau kedua-duanya sekali
di samping memuatkan tafsiran. Kuantitatif
di sini merujuk kepada analisis dari
segi
bilangan unsur dan peratusan. Manakala
kualitatif lebih bersifat penilaian. Tafsiran
pula
melihat hasil analisis kuantitatif atau kualitatif atau
kedua-duanya dengan memberikan
kewajaran atau alasan berlakunya fenomena
tersebut. Kaedah kajian juga dikenali sebagai
metodologi.
(g) Konsep: Terdapat konsep penting yang digunakan dalam tugasan. Konsep ini perlu
didefinisikan untuk keperluan tugasan
tersebut. Definisi itu perlu dengan
perkataan
sendiri, bukan secara memetik. Bukan secara memetik di sini membawa maksud definisi
kajian bukan diambil dari tokoh atau buku ilmiah.
(h) Analisis: Jelaskan kajian yang telah dilakukan yang berkaitan dengan objektif kajian.
Dapatan daripada analisis sepenuhnya dalam
Lampiran I akan digunakan dalam bahagian
analisis ini. Contoh perlu representatif, selebih-lebihnya
empat contoh untuk sesuatu
penjelasan aspek atau subaspek.
(i)
Tafsiran:
Tidak semua dapatan dalam analisis diberi tafsiran. Ertinya, dapatan yang
tertentu sahaja yang
dipilih untuk ditafsirkan. Jelaskan sebab dan alasan mengapa sesuatu
kajian menjadi begitu.
(j) Penutup: Bahagian ini memuatkan tujuan secara ringkas
sama ada tercapai atau
sebaliknya tujuan di atas. Selain itu, dimasukkan dapatan dan tafsiran
secara ringkas.
Kajian lanjutan
dicadangkan dalam bahagian ini sama ada dari segi penumpuan yang lebih
luas
pada data yang sama genre atau pada genre yang berlainan.
(k) Nota
Hujung: Masukkan jika perlu. Nota ini merupakan penjelasan yang mungkin
mengganggu kelancaran idea jika dimasukkan ke dalam isi.
(l) Bibliografi: Perlu ada. Pastikan formatnya seragam. Kenal pasti gaya format yang
digunakan sama ada gaya dewan, chicago style dan sebagainya.
(m) Lampiran
I: Lampiran ini memuatkan analisis
sepenuhnya terhadap bahan yang
dipilih.
(n) Lampiran II: Bahan yang menjadi kajian tugasan difotostat
atau dirakam dan
ditranskripsikan dan dilekatkan pada bahagian ini. Bahagian ini menjadi bukti bahawa
kajian bukan diplagiat.
Contoh kajian penulisan akademik Kajian Bahasa Slanga