Ni akak nak bagi contoh proposal kerja kursus sejarah. Manfaatkan ye :)
1.0 Tajuk
Sejarah
Penubuhan dan Perkembangan SK Batu Tiga Kuantan, Pahang dari tahun 1950 sehingga
2014
2.0 Pengenalan
SK Batu Tiga ini
dibina kerana keperluan pembangunan negara yang pesat dari segi pendidikan
terutama perkembangan masyarakat Kuantan khususnya di sekitar kawasan tersebut.
Ramai pelajar yang ingin bersekolah dan menimba ilmu lantas SK Batu Tiga ini
telah dibina. Oleh itu, sekolah rendah ini dapat menampung bilangan pelajar di
sekitar kawasan Batu Tiga. Pada ketika itu telah terdapat sekolah rendah lain
yang berhampiran dengan SK Batu Tiga seperti SK Sungai Isap, SK Permatang Badak
dan SK Bukit Rangin.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Mengkaji sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan
Batu Tiga, Kuantan
3.2 Menjelaskan struktur organisasi dan pentadbiran
SK Batu Tiga
3.3 Mengkaji sejarah perkembangan SK Batu
Tiga dari tahun 1950 hingga 2014
3.4 Mengenal pasti pencapaian akademik
pelajar SK Batu Tiga dari tahun 2005 sehingga 2013
3.5 Menganalisis usaha yang dilakukan dalam
meningkatkan kecemerlangan akademik di SK Batu Tiga
3.6 Menganalisis cabaran yang dihadapi oleh
pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.
4.0 Permasalahan Kajian
Kajian
dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang sejarah latar
belakang SK Batu Tiga. Selain itu, kajian ini menjelaskan tentang struktur organisasi
dan pentadbiran SK Batu Tiga. Seterusnya, kajian ini menumpukan kepada sejarah perkembangan
SK Batu Tiga dari tahun 1950 hingga 2014. Kajian ini juga dilakukan untuk
mengenal pasti pencapaian pelajar-pelajar SK Batu Tiga dari tahun 2003 hingga
2013. Akhir sekali, kajian ini menganalisis usaha dan cabaran yang dilakukan
oleh guru-guru di SK Batu Tiga bagi meningkatkan prestasi para pelajar.
5.0 Skop Kajian
Kajian
ini tertumpu kepada sejarah penubuhan SK Batu Tiga yang terletak di Jalan
Gambang, Kuantan, Pahang. Kajian ini membataskan masa kajian dari tahun 1950
hingga 2014. Kajian ini menumpukan latar belakang SK Batu Tiga. Seterusnya,
kajian ini menceritakan struktur organisasi pentadbiran SK Batu Tiga. Kajian
ini merangkumi tentang perkembangan SK Batu Tiga dari tahun 1950 hingga 2014
dan pencapaian akademik pelajar di SK Batu Tiga dari tahun 2005 hingga 2013. Di
samping itu, kajian juga mengupas usaha dan cabaran guru-guru bagi meningkatkan
prestasi pelajar di SK Batu Tiga.
6.0 Sorotan Kajian
Kajian
ini mengenai institusi pendidikan iaitu sekolah rendah di Kuantan. Kajian
mengenai SK Batu Tiga masih belum ditulis oleh pihak lain. Pengkaji merupakan
perintis yang menjalankan kajian di sini berharap agar kajian ini dapat menjadi
panduan kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang. Walaubagaimanapun, beberapa
kajian lepas yang boleh dijadikan sebagai panduan. Contohnya ialah :-
6.1 Siti Nor Sapariah Hashim, Shahrul Afzan
Samsul Ali dan Siti Ayu Rezeki, Isu dan Cabaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Terhadap Literasi Awal Kanak-kanak Prasekolah, 2014. Penulisan
artikel ini mengupas isu dan cabaran yang berlaku dalam pengunaan TMK terhadap
literasi awal kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Isu dan cabaran yang akan
dibincangkan turut berfokuskan kepada tiga aspek penting dalam aktiviti P&P
iaitu guru, kanak-kanak prasekolah dan bahan TMK.
6.2 Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd
Rahimi Nik Yusoff dan Mohd Ala-Uddin Othman, Teknik Pengajaran Kemahiran
Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia, 2011.
Artikel ini mengakaji kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
serta memberi teknik pengajaran bagi bahasa Arab, antara teknik yang digunakan
ialah teknik latih tubi mekanis, latihan korus, teknik berteriak (ripple
technique), prosa, teknik soal-jawab, latihan lanjutan, dialog, karangan
berangkap dan lakonan. Kesimpulan daripada artikel ini menunjukkan guru hanya
mengunakkan beberapa teknik sahaja. Hal ini akan menganggu keberkesanan kerana
setiap tekni yang digunakan mempunyai kekuatan dan kelemahan. Artikel ini
menjadi sumber rujukan utama pengkaji.
6.3 Norlela A.Kahar dan Aziz bin Nordin, Faktor-faktor yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program
Bimbingan Taulan dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris di
Sekolah, 2008. Tesis ini mengenal pasti faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi
perlaksanaan Program Bimbingan Taulan dalam membantu guru Sains menguasai
Bahasa Inggeris di sekolah. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa
kesediaan guru merupakan faktor yang paling dominan jika dibandingkan dengan
keyakinan guru. Tesis ini menjadi rujukan kedua pengkaji dalam membuat kajian.
7.0 Metodologi Kajian
Pengkaji
telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :-
7.1 Kaedah lawatan – Melalui method ini, pengkaji
telah melawat sendiri Sekolah Kebangsaan
Batu Tiga di Kuantan, Pahang dan memerhati persekitaran kawasan tersebut serta
mendapat beberapa maklumat mengenainya.
7.2 Kaedah temubual – Pengkaji telah menemu
ramah beberapa warga SK Batu Tiga seperti
Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Puan Sarifah Saloma Binti Syed
Hamid.
7.3 Kaedah perpusatakaan- pengkaji telah
memperoleh info tentang SK Batu Tiga melalui
buku pengurusan
sekolah keluaran 2004 sehingga 2014.
7.4 Kaedah Melayari Internet – Melalui
kaedah ini, pengkaji mendapatkan maklumat tentang SK Batu Tiga. Antaranya ialah http://skbatutiga.blogspot.com/.
8.0 Struktur Esei
8.1 Pengenalan
SK Batu Tiga
terletak di Jalan Gambang 25150 Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah
lama yang dibina pada tahun 1950 pada era pembangunan negara. Sekolah ini juga
merupakan sekolah yang dibina berhampiran jalan raya utama menuju ke bandar
Kuantan. Sekolah rendah ini berada kira-kira 8 kilometer dari bandar Kuantan.
8.2 Latar
Belakang Penubuhan SK Batu Tiga
Sekolah
Kebangsaan Batu Tiga dibina pada tahun 1950 dengan 6 bilik darjah, sebuah
kantin dan satu bilik guru. Sekolah kerajaan ini mempunyai 55 orang guru, 7
staf sokongan, 1136 pelajar dan 15 bilik darjah. Pada tahun 2002, terdapat
penambahan satu tingkat bagi pelajar PRA sekolah. Selain itu, terdapat surau
yang daif, satu bilik Pusat Sumber yang hanya dapat memuatkan 20 orang murid
sahaja. Seterusnya, sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi
dan sesi petang. SK Batu Tiga juga dikenali sebagai SEBATI.
8.3 Struktur
Organisasi Pentadbiran SK Batu Tiga dari tahun 2004 hingga 2014
8.3.1 Misi
sekolah ialah Menjana pendidikan berkualiti kepada semua murid berdasarkan
falsafah pendidikan kebangsaan.
8.3.2 Visi ialah
SK Batu Tiga sekolah cemerlang dalam bidang pendidikan di daerah Kuantan
menjelang 2015
8.3.3 Motto
sekolah ialah Cepat, Cermat, Cekap dan Kemas
8.3.4 Dari segi
pentadbiran organisasi, guru besar sebagai ketua dibantu GPK Pentadbiran,
GPK HEM, GPK KOKO, staf dan guru-guru
lain. Selain itu, terdapat pembelajaran
secara formal dan tidak formal di sekolah.
8.4 Perkembangan
SK Batu Tiga dari tahun 1950 hingga 2014
Terdapat banyak
perubahan yang dilakukan di SK Batu Tiga dari tahun 1950 sehingga 2014. Pertambahan
bilangan guru dan pelajar serta pekerja. Selain itu, penambahan bilangan
infrastruktur dan bangunan di kawasan sekolah. Terdapat juga kewujudan
blok-blok baharu.
8.5 Pencapaian akademik pelajar SK Batu Tiga
pada tahun 2005 sehingga 2013
Seramai
9 orang pelajar mendapat 5A dalam UPSR bagi tahun 2005. Pertambahan sebanyak 7
orang pelajar cemerlang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2007, seramai 15
orang pelajar mendapat 5A manakala menurun sebanyak dua orang pada tahun 2008
dan pengurangan kepada 12 orang pada tahun 2009. Berlaku peningkatan seramai 18
orang pelajar mendapat ‘straight A’dalam UPSR 2010. Kemudian menurun kepada 6
orang dan bertambah sebanyak seorang pada tahun 2012 dan kekal 7 orang pelajar
cemerlang dalam UPSR 2013.
8.6
Langkah-langkah untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pelajar
Pelbagai langkah
yang telah dilakukan oleh guru bagi meningkatkan prestasi pelajar. Antaranya,
usaha melibatkan ibu bapa, usaha dari pihak pentadbir sekolah dan guru-guru.
Selain itu, usaha para pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Di samping itu,
terdapat juga usaha pihak luar dari IPTA dan agensi-agensi tertentu.
8.7
Cabaran yang dihadapi pihak sekolah
Pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam mengawal pelajar. Antaranya,
bilangan murid yang terlampau ramai di dalam kelas. Seterusnya, isu disiplin
pelajar yang semakin merosot. Selain itu, beban kerja yang terlalu banyak bagi
guru. Akhir sekali, sikap pelajar yang pasif dan malas dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran.
8.8
Penutup
Sepanjang
penubuhan sekolah rendah ini, SK Batu Tiga telah mencapai banyak peningkatan terutama
dalam bidang akademik. Hal ini disebabkan jasa para guru yang mendidik
pelajar-pelajar dengan penuh ikhlas dan inovatif di samping usaha dan kerajinan
para pelajar sekolah tersebut juga.
9.0 Penutup
Kajian
ini menceritakan sejarah SK Batu Tiga kepada masyarakat setempat. SK Batu Tiga
banyak memberi kesan yang memberangsangkan terutama dari segi prestasi akademik
pelajar. Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa menghantar anak-anak ke SK Batu
Tiga untuk menimba ilmu. Kemasukan pelajar ke sekolah ini sentiasa mendapat
sambutan yang hangat terutama bagi penduduk yang menetap di kawasan berhampiran
sekolah tersebut.
10.0 Bibliografi
Blog
Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. SEBATI.
http://skbatutiga.blogspot.com/
Fatimah
binti Mustafa. 59 tahun. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. No 1 Lorong
Sungai Isap Perdana 9 Perumahan Sungai Isap 3 25150 Kuantan.
Kamaruddin
Hj. Husin. Sekolah dan Perkembangan
Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
1996.
Maimun
binti Jelani. 56 tahun. Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Batu
Tiga. Y-249 Kampung Permatang Badak 25150 Kuantan.
Ridzuan
Saliman. Pelajar Terbilang Negara
Cemerlang. Kuala Lumpur : Edition Plus Sdn Bhd. 2008.
Ridzuan
Saliman. Strategi Bijak Belajar. Kuala
Lumpur : Edition Plus Sdn Bhd. 2008.
Sarifah
Saloma binti Syed Hamid. 54 tahun. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Batu Tiga. No 8 Lorong Sungai Isap Perdana 4 Perumahan Sungai Isap 3
25150 Kuantan.
_.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Batu
Tiga. 2004
_.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. 2008
_.
Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Batu
Tiga. 2014